Tamiya telah mengeluarkan senarai rasmi keluaran November 2026, dan beberapa item Mini 4WD menarik perhatian — satu kit, satu body pilihan, dan beberapa part penalaan yang memang dicari racer.

Item 18106 — Neo-VQS (VZ) Advanced Pack. Ini versi Advanced Pack untuk casis VZ, sesuai untuk racer yang mahu mula daripada kit lengkap dan bukannya mengumpul part satu demi satu.

18106 Neo-VQS Advanced Pack (VZ) — kit lengkap untuk mula bertanding.
18106 Neo-VQS Advanced Pack (VZ) — kit lengkap untuk mula bertanding.

Item 95439 — Gunbluster XTO Light Blue Special dengan body polycarbonate. Body jenis ini ringan dan sesuai untuk mereka yang mahu menurunkan berat bahagian atas tanpa mengganggu kestabilan casis.

95439 Gunbluster XTO Light Blue Special — body polycarbonate.
95439 Gunbluster XTO Light Blue Special — body polycarbonate.

Item 95324 — Adjustable Mass Dampers (pemberat 2.5g × 6). Sesuai untuk penalaan halus berat depan-belakang, terutamanya bila trek memerlukan jentera yang lebih tenang ketika masuk corner.

95324 Adjustable Mass Dampers — pemberat 2.5g × 6 untuk penalaan berat.
95324 Adjustable Mass Dampers — pemberat 2.5g × 6 untuk penalaan berat.

Turut disenaraikan: lock nut aluminium 2mm (5 pcs) dalam tiga warna — pink (95426), gold (95458) dan dark blue (95459) — serta alat 74168 Mini 4WD 2mm Screw Cutter untuk memotong skru mengikut panjang yang diperlukan.

Dalam senarai future release Tamiya, ada juga 18107 The Hornet Jr. (VZ) yang belum masuk jadual November. Jadi mungkin ia sampai kemudian — elok pantau kalau Bos peminat body klasik.

18107 The Hornet Jr. (VZ) — dalam senarai future release, dijadualkan selepas November.
18107 The Hornet Jr. (VZ) — dalam senarai future release, dijadualkan selepas November.

Untuk pasaran Malaysia, stok biasanya masuk melalui pengedar dan hobby shop tempatan selepas keluaran Jepun, dan harga tempatan belum diumumkan. Nasihat Prostock: jangan bayar harga spekulasi, tunggu stok rasmi masuk dan bandingkan harga antara kedai.

Prostock tidak menjual barang — artikel ini untuk makluman komuniti. Bila ada maklumat stok masuk Malaysia, kita akan update di ruangan Berita.