Mini 4WD kembali untuk generasi baharu — binaan, setup dan strategi lebih penting daripada belanja besar. Adil untuk pemula, kompetitif untuk veteran.
Lihat 36 jentera komunitiCatatan terkini daripada komuniti — peraturan, setup dan pengumuman rasmi.
Buku peraturan Pro-Stock Malaysia kini ada seksyen 06 — ITEM GIMMICK. Semua bentuk pergerakan khas/gimmick tidak dibenarkan. Contoh: Tamiya 15467 dan 15478.
ME bermaksud 'Midship Evolution' — casis double-shaft ketiga Tamiya selepas MS dan MA. Ringan, gear 3.5:1, bumper berasingan. Contoh kit: Raizzan (18663) dan TYXIV (18664).
ProdukSenarai rasmi Tamiya untuk November 2026: kit Neo-VQS (VZ) Advanced Pack, body Gunbluster XTO Light Blue Special, damper boleh laras 2.5g dan lock nut aluminium 2mm. Dengan gambar produk.
Komuniti Pro Stock Tamiya Malaysia diwujudkan dengan satu matlamat yang jelas — membangunkan semula hobi Tamiya agar terus berkembang dalam kalangan generasi baharu, sambil menghidupkan kembali nostalgia yang pernah dinikmati generasi terdahulu.
Kategori Pro Stock dipilih kerana ia menitikberatkan kemahiran membina, membuat setup dan strategi, tanpa modifikasi yang keterlaluan. Hasilnya perlumbaan yang lebih seimbang, kompetitif dan mesra semua peringkat — daripada pemula hinggalah pemain berpengalaman.
Lihat peraturan rasmi →Setup, tuning dan pengalaman Pro Stock dikongsi secara terbuka.
Ahli baharu dibimbing memahami asas Pro Stock dari awal.
Perbincangan hormat, tanpa provokasi atau menjatuhkan ahli lain.
Aktiviti dan perlumbaan Pro Stock dianjurkan bersama komuniti.
Semangat zaman dulu dihidupkan untuk generasi baharu.
Kumpulan ini khusus untuk kategori Pro Stock — perbincangan BMAX, Open Class dan kategori lain tidak dibenarkan, supaya komuniti kekal fokus dan teratur.
Perlumbaan Mini 4WD, fun race dan giveaway komuniti — status dikemas kini ikut tarikh.
Yang paling kerap ditanya. Teks penuh ada di halaman Peraturan — 14 seksyen, BM dan English.
Casis dan gear mestilah TAMIYA asli. Pemeriksaan ketat sebelum setiap perlumbaan.
Tuned Series sahaja — Rev, Atomic, Torque. Tiada motor lumba.
Motor Hyper, Mach, Sprint, Power dan Ultra tidak dibenarkan sama sekali.
Tiada trimming, tiada gerudi, tiada amplas. Casis kekal seperti asal.
Maksimum 3 keping (1.5mm). Plat kiri dan kanan dikira satu keping.
Roller plastik sahaja tanpa had. Bearing plastik sahaja dibenarkan.
Kedai Mini 4WD dan Tamiya seluruh Malaysia — lengkap alamat, nombor WhatsApp dan peta. Tapis ikut negeri, terus ke kedai.
Senarai kedai disemak penganjur sebelum diterbitkan.
Kongsi setup, ikut acara terdekat dan dapatkan pengumuman rasmi terus dalam group WhatsApp.