Mini 4WD ialah kereta model pacuan empat roda berskala kecil yang dipasang dari kit — kebanyakannya jenama Tamiya. Di Malaysia, ia berkembang daripada hobi kanak-kanak kepada scene perlumbaan komuniti yang aktif.
Kategori Pro-Stock mengehadkan motor kepada Tuned Series sahaja (Rev, Atomic, Torque) dan melarang motor Hyper/Mach/Sprint/Power/Ultra. Casis tidak boleh di-trimming, digerudi atau diamplas, dan roller mestilah plastik.
Kesan gabungan peraturan ini: kelajuan ditentukan oleh kemahiran memasang dan menyelenggara, bukan oleh belanja komponen. Itulah sebab ia dipanggil Pro-Stock.